BLOGGER TEMPLATES AND iPhone Wallpapers »

August 20, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Hai korang. Dah agak lama dah aku tak tulis blog kan.
Well. Busy dengan banyak assignment dan masalah budak kecik. HAHA.
Emm pasal masalah tuh aku malas nak cerita sebab kalau cerita pon ,aku yang dapat dosa. HAHA.
Dosa sebab banyak mencarut daripada bercerita.
=)
Hari nie dah hari yang ke-20 dah kita semua berpuasa. ALHAMDULILLAH. Tinggal lagi 10 hari lagi kita akan BERAYA SAKAN! WOOT WOOT!
Happy nye.
Baju Raya - siap
Duit Raya - Daddy and mummy sediakan
Kasut Raya - Siap
Handbag - Siap
Handphone raya - On The way
Cermin Mata- On the way
Kereta - On the way
Hari Jadi - ON THE WAY ( JANGAN LUPA PRESENT)
Rambut Raya - On the way
Jumpa AMIR - ON THE WAY

Itu jew kowt. HAHAHAHA
Walaupun aku tak puasa penuh tapi Bestnya raya... Mula Malas nak pergi kelas dah. Tak tahu kenapa.
Dalam otak aku dah mula fikir pasal semua benda dekat atas tuh lah.

Mula Mula aku nak minta maaf dekat semua orang sebab Aku tahu mesti aku dah banyak buat salah dekat korangkan? IM SOO SORRY
LOL
Kalau nak datang beraya rumah aku datanglah hehehe. Yang berumur 16 tahun ke bawah sahaja mendapat duit raya. Yang dah Besar tuh makan jewla ye. HEHEHEHE. Korang dah besar tak payahlah nak duit raya. MALU TAU.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN YA. FROM WANY & AMIR


KAMU BERIBADAHLAH PADA 10 AKHIR BULAN RAMADHAN NI.
JANGAN LUPA MALAM LAILATUL QADAR


Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.